Layannn....

welcome to Story mory about me.... hmmmm dalam blog ne da la aku citekan serba sedikit pasal aku... mula2 aku ske2 je wat blog ne... tp lme2 aku rse best la plak n aku rsa wajib bg aku untk mengupdate blog ini... dalam blog ne da la aku selitkan isu2 semasa... boleh la orang nak kenal aku ngan lebih dekat lawat blog aku ne... seua cte dlm ne berkenaan dengan aku boleh dipercayai sbb aku yang tulis... ok lah... jom layan sme2...zasssss....

Thursday, March 25, 2010

Pilih Pasangan Soleh...

Rasulullah memberi jaminan calon berpegang teguh pada agama beroleh keuntungan...

Perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan meberi kasih. namun begitu, ramai yang sering terlupa bahawa pemilihan jodoh amat dititikberatkan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:"seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan empat ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana pegengan agamanya..

Kerana itu, [pilihlah (beri keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh pada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung). (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Bagi mereka yang merancang mendirikan rumah tangga, asper pemilihan jodoh yang tepat berupaya menjadikan perkongsian hidup dengan pasangan kelak baik atau sebaliknya.

Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri dan calon suami yang beriman kepada Allah. apa gunanya sekiranya kehidupan selepas berumah tangga menjadikan diri lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah.

Apakah hikmah disebalik saranan Rasulullah memberikan panduan dalam memilih jodoh dengan mengutamakan calon isteri solehah? dengan mempunyai nilai keagamaan, seseorang isteri itui memili akhlak yang baik serta dapat menjadi contoh teladan kepada anak.

Alangkah bahagianya pasangan suami isteri apabila kehidupan alam rumah tangga sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.

Ramai yang mengimpikan kehidupan rumah tangga yang bahagia, tetapi persoalannya, dimana letaknnye kebahagiaan rumah tangga itu? adakah dengan kekayaan kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia?

Dipetik dari Harian Metro, Jumaat (26.03.2010)

No comments:

Post a Comment